Dalam suasana penuh semangat, delegasi Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) memeriahkan Taiwan Expo 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 24 hingga 26 Ogos 2023 lalu. Kunjungan ini telah mengukuhkan lagi hubungan antara MyCAS dan kolaborasi dari luar dan dalam serta membuka mata kita kepada inovasi terkini.
Turut hadir sama Mr. Tee Wai Seng, Enviromet Technologies Sdn Bhd, JNC Technology, MNF Service, TAITRA Malaysia dan ramai lagi.
Delegasi MyCAS yang terdiri daripada Ts. Dr. Hjh. Noor Zaitun Yahaya, Presiden MyCAS, Prof. Dr. Juliana Jalaludin, Timbalan Presiden (Jaringan Antarabangsa & Perundingan) MyCAS, Ts. Dr. Mohd Arif Rosli, Naib Presiden 3 (Media & Komunikasi Korporat), Hjh. Hartini Hj. Mahidin, Jawatankuasa Eksekutif merangkap Jawatankuasa Penajaan & Pameran AQMA23 & AAC2024 serta ahli-ahli MyCAS lain, telah menyertai Expo ini dengan penuh semangat.
Delegasi MyCAS telah mengadakan perbincangan yang produktif dengan rakan-rakan dari Taiwan dan juga agensi lain dalam mempromosikan dua acara utama MyCAS yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini iaitu Air Quality Management Conference (AQMA23) pada 27 November 2023 hingga 1 Disember 2023 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) manakala Asian Aerosol Conference 2024 (AAC2024) yang akan berlangsung pada 3 hingga 7 November 2024 di Borneo Convention Centre (BCCK), Kuching, Sarawak tahun hadapan.