GANU ECO CHARITY 3.0 (KAMPUNG DURIAN MENTANGAU, DUNGUN)

Selasa, 3 Januari 2023 – Sekitar gambar agihan misi bantuan terakhir pasca banjir Ganu Eco Charity 3.0, melalui dana Geran Khas Hasanah 2022 (HSG-2022) dari Yayasan Hasanah bersama kerjasama University Malaysia Terengganu (UMT) kepada mangsa-mangsa banjir bertempat di Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun.

Ucapan alu-aluan juga disampaikan oleh pengerusi majlis, Tuan Haji Shahidie Ibrahim, Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Mentangau, Tuan Haji Abu Hanipah Abu Bakar dan juga Presiden The Clean Air Forum Society of Malaysia (MyCAS), Ts Dr Noor Zaitun Yahaya. Turut hadir Wakil Komuniti, Encik Hasbie b Muda untuk meramaikan suasana.

Antara sumbangan yang diagihkan ialah berupa 100 pek makanan dan kit kebersihan kepada 100 penduduk yang terkesan banjir di Kampung Durian Mentangau, Dungun.

Ucapan syabas dan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan agihan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak UMT dan pihak NGO yang terlibat bersama-sama menjayakan misi terakhir bantuan banjir ini.

Disediakan oleh,

Team Media Ganu Eco Charity 3.0 -MyCAS 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published.