Ceramah motivasi di SMK Nering, Jerteh, Besut

6 Januari 2023 (Jumaat) – Satu ceramah motivasi telah berjaya dijalankan di SMK Seri Nering, Jerteh, Besut melibatkan pelajar sekolah daripada tingkatan 1 hingga 6 bertempat di Dewan Sekolah Seri Nering.

Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Ts Dr Noor Zaitun Yahaya presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) merangkap juga pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Agenda ceramah motivasi ini dijalankan adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk memberi inspirasi kepada pelajar sekaligus memperkenalkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kepada pelajar di SMK Seri Nering.

Ceramah ini disudahi dengan penyampaian cenderamata daripada pengetua SMK Seri Nering, Encik Zahari bin Ahmad kepada Ts Dr Noor Zaitun Yahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.