Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Banjir Ganu Eco-Charity 3.0 (HSG-2023)

7 Januari 2023 (Sabtu) – Majlis perasmian penyerahan bantuan banjir Ganu Eco Charity 3.0 (HSG-2023) telah berjaya dirasmikan bertempat di SMK Seri Nering, Jerteh, Besut.

Misi bantuan banjir ini disokong oleh Pertubuhan Udara Bersih Malaysia (MyCAS), Yayasah Hasanah dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama NGO seperti Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita Malaysia (AJWA), Majlis Dewan Wanita Terengganu MDWNT, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) Terengganu, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Terengganu, Kelab MUTIARA, UMT dan Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu.

Majlis ini melibatkan 11 sekolah di daerah Besut iaitu SK Renek. SMK Renek, SRJKC Chung Hwa, SK Kampung Baru, SMKA Nurul Ittifa’, SMK Seri Nering, SK Pusat Jerteh, SMK Tengku Mahmud 2, SK Alor Lintah SMK Bukit Payung dan SK Darau. Sumbangan berupa 300 pek makanan dan 600 kit persekolahan telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar di sekolah berkenaan yang terjejas dengan banjir.

Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua NGO dan sukarelawan yang terlibat untuk menjayakan majlis perasmian bantuan banjir Ganu Eco Charity 3.0 ini.

#YayasanHasanah

Leave a Reply

Your email address will not be published.