MATHEMATIC BOOST CAMP – SMK SERI NERING, JERTIH, BESUT

28 Januari 2023 – Telah berakhir dengan jayanya program Mathematic Boost Camp bertempat di Dewan Munsyi, SMK Seri Nering daripada 26 – 28 Januari 2023 melibatkan Kelab SEMARAK, UMT dan SMK Seri Nering. Program ini merupakan susulan daripada program pasca banjir Ganu Eco Charity 3.0 (GEC 3.0) yang turut diadakan di sekolah yang sama baru-baru ini.

Program Mathematic Boost Camp ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar yang lemah dalam Matematik untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Seramai 19 pelajar daripada UMT ditugaskan sebagai fasilitator untuk mengajar 68 pelajar daripada SMK Seri Nering.

Program ini dijalankan dengan kerjasama beberapa NGO seperti Pertubuhan Ikram Terengganu (Besut) dan juga wakil Komuniti Besut melalui Tn Hj Zahid.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.